Pemain bola gigit zakar lawan
Seorang pemain bola sepak amatur di Perancis digantung lima tahun perlawanan selepas mengigit kemaluan salah seorang pemain lawan.
Kejadian itu berlaku selepas perlawanan bahagian liga tempatan kedua antara Terville dan Soetrich pada 17 Nov 2019.
Daily Mail melaporkan, semasa kejadian pelaku dan seorang lagi pemain pasukan Terville berkelahi dan bertumbuk di kawasan letak kereta stadium.
Difahamkan, semasa perkelahian, seorang pemain dari pasukan Terville masuk campur untuk meleraikan pergaduhan.
Namun niat baiknya mendapat padah apabila pemain Soetrich bertindak mengigit kemaluannya.
Mangsa menerima 10 jahitan.