Pemandu Myvi bawa syabu ditahan
KUCHING: Polis menahan seorang lelaki memandu kereta Perodua Myvi di belakang kedai serbaneka di batu 12 Jalan
Kuching-Serian Sarawak.
Ketua Polis Daerah Padawan Supritenden Aidil Bolhassan berkata, hasil pemeriksaan polis menemui dadah jenis syabu berat kasar 5.40 gram dan anggaran RM 810.
"Suspek berusia 34 tahun disiasat di bawah 39A (1) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih daripada 5 tahun dan juga akan dikenakan hukuman
sebat, tidak kurang 3 sebatan dan tidak lebih daripada 9 sebatan," katanya.
Menurutnya, hasil saringan awal air kencing saspek adalah positif dadah jenis Amphetamine /Methamphetamine dan direman selama empat hari.
Katanya, suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.