Rugi RM96,000 ditipu kenalan wanita online
SIBU: Seorang pengurus sebuah syarikat swasta di sini, mengalami kerugian RM96,000 apabila ditipu kenalan wanita menerusi media sosial.
Mangsa berusia 40 tahun pada 27 Januari lalu berkenalan dengan seorang wanita yang dipanggil 'Suzy Zakaria' dari London yang memberitahunya bahawa dia ingin melabur dalam industri penerbangan (membaiki) serta bekerja di Malaysia.
Dia juga sedang mencari rumah di Sarawak.
Pada 3 bulan ini, dia mendakwa telah menghantar hadiah (kasut, telefon bimbit, jam tangan dll) kepada mangsa.
Pada hari yang sama, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengenal dirinya sebagai 'Frank Adward', berhubung aduan bank mengenai caj untuk duti setem kastam, insurans, bayaran Suruhanjaya Tinggi British berjumlah kira-kira RM96,000.
Urusniaga dalam bank berlaku dalam tiga hari menerusi tiga akaun yang berbeza.
Selepas urusan perbankan selesai, mangsa menyedari sesuatu yang tidak betul apabila dia tidak dapat menghubungi 'Suzy Zakaria' & 'Frank Adward'.
Laporan polis dibuat dan mangsa memberitahu telah ditipu.