Penduduk Sungai Lumut, Buntal di arah pindah
KUCHING: Kampung Sungai Lumut dan Kampung Buntal dilanda banjir berikutan hujan lebat yang melanda bandaraya ini sejak semalam.
Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) Sarawak,Mejar (PA) Ismail Bin Mahedin,seramai 38 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari dua buah kampung berkenaan di dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara(PPS).
"Mereka dipindahkan sementara di dewan Sri Buntal jam 4.15 petang ini berikutan paras air yang masih naik," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata,setakat jam 5 petang ini hanya satu PPS di buka di Bahagian Kuching.