Penghuni Pusat Pemulihan Samarahan diraikan

KOTA SAMARAHAN:Keceriaan jelas terpancar diwajah penghuni Pusat Pemulihan Samarahan apabila diraikan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Team Dynamic Kuching dan Alvin Interior Deco menganjurkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan melawat ke pusat berkenaan untuk berkongsi kegembiraan bersama penghuni di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata,tatkala masyarakat menyambut perayaan mereka yang kurang bernasib baik tidak harus dilupakan.

"Kita menyambut baik usaha Team Dynamic Kuching dan Alvin Interior Deco yang meraikan penghuni di sini.

"Ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat,"katanya.

Katanya, bukan sahaja Tahun Baru Cina,perayaan menjadi landasan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat di Sarawak.


 

 
LihatTutupKomentar
Cancel