Warga asing diberkas pecah masuk sebuah syarikat

BINTULU: Seorang lelaki warganegara asing diberkas kerana disyaki memecah masuk sebuah syarikat di Parkcity Commercial Centre Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditangkap pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu jam 5 petang semalam.

"Pihak polis menyerbu sebuah bilik hotel bajet di pusat bandar.

"Semua barangan pejabat yang dilaporkan hilang berupa seunit komputer riba, seunit tablet, empat unit telefon bimbit pelbagai jenama, beg dan jam tangan bernilai RM5, 000 dijumpai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya tidak menolak ia adalah barang yang dilaporkan syarikat berkenaan.

"Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Bintulu bagi tahanan reman untuk membantu siasatan," ujarnya.

Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis.
LihatTutupKomentar
Cancel