Perlembagaan Malaysia jelas soal siapa layak jadi Perdana Menteri

AGONG BOLEH TOLAK ANWAR



Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Mengikut Artikel 40 Perlembagaan

1. Yang di Pertuan Agong (YDPA) boleh memanggil Perdana Menteri (PM), Menteri atau sesiapa Menteri kabinet untuk meminta apa-apa maklumat. Termasuk pandangan serta nasihat.

2. YDPA perlu memperkenankan cadangan dan/atau nasihat PM, dalam hal-hal Perlembagaan dan Pentadbiran negara menerusi kabinet.

3. YDPA BOLEH MEMANGGIL MEMINTA DAN/ATAU MENDAPATKAN NASIHAT DAN/PANDANGAN DARIPADA MANA-MANA ORANG.

4. YDPA boleh melantik, menukar, memecat Perdana Menteri pada bila-bila masa CUKUP JIKA TIDAK BERKENAN. Tak perlukan sebarang hujah alasan penjelasan.

5. YDPA ada mempunyai KUASA BUDI BICARA yang tidak ada pada mana-mana orang dalam Persekutuan.

6. Dalam Perlembagaan YDPA boleh lantik sesiapa (Ahli Dewan Rakyat) yang di dalam pandangan YDPA mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. Walaupun Ahli Parlimen itu seorang yang tidak berparti. Ahli Parlimen
maksudnya mestilah dapat sokongan ahli ahli. Tapi akhirnya keputusan YDPA lah yg menentukannya.

7. Itu adalah lazimnya, tapi keadaan sekarang BUKAN KEADAAN LAZIMNYA.
KEMBALI kepada masa dan budi bicara DYMM YDPA.

8. DAP kata Tun M tak mahu bekerjasama dengan UMNO.

9. Tapi kerajaan baru yang dicadangkan melibatkan UMNO. Jadi bagaimana? Tun M tidak ada pilihan melainkan meletak jawatan.

10. Jika Anwar atau Tun M tak boleh jadi PM maka siapakah penggantinya?

11. Itulah peranan kebijaksanaan YDP Agong. Banyak pilihan tindakan yang baginda boleh ambil.

12. Misalnya melantik sesiapa sahaja dari kalangan 222 Ahli Parlimen. Atau melantik PM sementara seperti Tun M dilantik semula sebagai PM sementara.

13. Atau membubarkan Parlimen supaya diadakan pilihan raya semula. Dan sebagainya.

14. Namun terdapat HIPOTESIS daripada sumber yang mengatakan bahawa kemelut politik yang sedang berlaku ini adalah rancangan terancang, tersusun secara bersistematik untuk menjadikan anak Tun M, Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

15. Sekali gus menolak Anwar Ibrahim. Hipotesis ini dikuatkan dengan pengunduran Tun M sebagai Pengerusi Bersatu. Benar atau tidak hipotesis ini?
LihatTutupKomentar
Cancel