Persatuan Persaudaraan Melayu Betong/ Sri Aman kunjungi KM
KUCHING, 17.01.2020 - Kunjungan ke atas Datuk Patinggi Abang Jo adalah daripada Persatuan Persaudaraan Melayu Betong/ Sri Aman adalah bertujuan membincangkan perancangan pembangunan di atas sebidang tanah yang diberikan kerajaan negeri sebagai pusat aktiviti persatuan tersebut kelak.
Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Melayu Beyong/ Sri aman, Dr Zulwali Kifli Merawi memberitahu kunjungan itu juga adalah sebagai tanda terima kasih atas keperihatinan dan sokongan daripada Datuk Patinggi Abang Jo.