Pesakit mental di Sarawak meningkat

KUCHING:Masalah sakit mental berada ditahap membimbangkan  dengan pertambahan mereka yang datang ke hospital di Sarawak bagi mendapat rawatan setiap tahun.

Pengarah Hospital Sentosa,Dr Rosliwati Mohd Yusop berkata,stigma masyarakat bahawa sakit mental tidak boleh dirawat perlu diubah kerana penyakit berkenaan boleh dipulihkan melalu rawatan awal.

"Di hospital Sentosa terdapat keseluruhan 954 pesakit mental yang berdaftar dengan 338 daripada diberi rawatan di hospital ini.

"Jumlah pesakit baru menunjukkan peningkatan iaitu seramai 441 pesakit tahun lalu berbanding 346 pesakit pada tahun 2018,"katanya ketika mengadakan sidang akhbar di hospital Sentosa di sini,hari ini.

Katanya,tekanan yang dihadapi individu menjadi punca kepada masalah sakit mental.

"Kebanyakan mereka yang datang mendapat rawatan sudah mengalami penyakit mental di peringkat akhir yang menyebabkan sukar untuk dirawat,"katanya.

Sehubungan itu, katanya, Persidangan Kesihatan Mental Sarawak Ke-6 anjuran Hospital Sentosa yang diadakan pada 1 hingga 3 April ini di hotel Imperial menjadi platform kesedaran mengenai masalah mental.

"Bertemakan Memupuk Kesedaran Kesihatan Mental:Ke Arah Kesihatan dan Pemulihan, pelbagai perkara dibincangkan bersama pakar dalam bidang mental.

"Persidangan ini dijangka disertai 180 hingga 300 peserta terdiri daripada pakar perubatan, psikiatri ,kaunselor dan profesional dalam bidang perubatan,"ujarnya.

Beliau berkata, persidangan itu akan memfokuskan kepada kesejahteraan pesakit agar mereka juga mempunyai tujuan hidup dan masa depan seperti masyarakat yang lain.
LihatTutupKomentar
Cancel