Rumah terbakar ketika nyenyak tidur
LAWAS: Nasib masih menyebelahi dua penghuni kerana terselamat dalam kebakaran di Kampung Tanjung Pagar,Sundar di sini, awal pagi tadi.
Ketika kejadian kedua-dua penghuni warganegara Indonesia itu sedang nyenyak tidur.
Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 5.53 pagi.
"Kebakaran dipercayai bermula dari bilik tidur pertama,namun kedua-dua mangsa sempat menyelamatkan diri.
"Kebakaran ini telah memusnahkan keseluruhan sebuah rumah jenis tidak kekal tersebut,"katanya di sini hari ini.
Katanya,pasukan bomba mempunyai kesukaran apabila tiada sumber air di lokasi dan bertindak menghantar lagi sebuah jentera tambahan untuk membantu mendapatkan air bagi bantuan operasi pemadaman.