Polis kesan kanak-kanak perempuan dilapor hilang

KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang di Jalan Bunga Tanjung 7, Taman Muda, Ampang Jaya, di sini, semalam.

Menurut laman web rasmi PDRM, kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga Myanmar, dikenali sebagai Fulmina Abdul Ghufur, berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 45 kilogram.

"Selain itu, ciri-ciri kanak-kanak berkenaan, berkulit putih, bentuk mata sederhana, berbadan kurus, hidung mancung serta berpakaian terakhir kemeja-T hijau dan berseluar hitam," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Insp Shahidatul Nur Mohd Yusoff dengan menelefon 011-15316560 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya 03-42897222.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel