Program Bertemu Pelanggan IPD Simunjan di Sebuyau


SIMUNJAN: Bertepatan dengan tema 'Polis dan Masyarakat BerpisahTiada', Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Simunjan
mengadakan Program Jelajah Hari Bertemu Pelanggan dan Sesi Dialog Bersama Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Masyarakat dalam kawasan pentadbirannya di Dewan Pembangunan Sebuyau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Simunjan,Deputi Superintendan (DSP) Merbin Lisa, program itu juga me jadi platfrom
 untuk berkongsi input terkini berkaitan trend jenayah, dadah,jenayah komersil (Scam) yang kini hangat di kalangan masyarakat dan media supaya masyarakat lebih berwaspada dengan tidak menjadi mangsa penjenayah.

"IPD Simunjan juga akan diperkemaskan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan juga memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di Sebuyau terjamin,"katanya.

Beliau turut menyeru supaya masyarakat Sebuyau dapat bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

 "Usah bimbang, maklumat yang disalurkan adalah rahsia. Ini bagi memastikan perkara negatif dapat ditangani secara total dan memperlihatkan kerjasama antara polis dan masyarakat,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel