Wee Hong Seng nafikan khabar angin bertanding PRN12
KUCHING, 5 Feb: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng menafikan khabar angin yang beliau akan aktif berpolitik kerana berminat menjadi calon pada pilihanraya negeri yang bakal menjelang.
"Saya fikir, jangan dengar khabar anginlah, saya fikir ada ramai calon berpotensi dari mana sahaja mereka, saya kekal dengan tugas saya (sebagai datuk bandar),"katanya selepas merasmikan pelancaran pelekat kenderaan Tahun Melawat Malaysia 2020 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak di Bangunan MBKS, Padungan di sini, hari ini.
Wee berkata sebagai Datuk Bandar MBKS yang baharu empat atau lima bulan dilantik , beliau mendapati dalam skop kerjanya masih ada terlalu banyak perlu dilakukannya selepas ini dalam MBKS dan tiada masa berpolitik.
"Petang ini, kami bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan menerangkan tentang Koronavirus dan pengunaan yang betul topeng muka. Selain itu ada permohonan berterusan Kenyalang Gold Card (melalui MBKS) dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang mahu menumpukan tugasnya sebagai Datuk Bandar MBKS menyerahkan kepada ahli politik bagi melakukan urusan berkaitan politik menjelang pilihan raya negeri ini.
Keterangan gambar:
1. Dato Wee Hong