6 warga Indonesia ditahan

KUCHING:Batalion 11 Pasukan Gerakan Am(PGA) Kuching menahan enam warga Indonesia kerana memasuki negeri ini secara haram dalam Ops Libas Risik dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) Sarawak Isnin lalu.

Enam warganegara Indonesia itu daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 39 tahun
ditahan ketika pemeriksaan ke atas sebuah bas di Bandar Baru Mutiara, Tebedu.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin berkata, seorang lelaki tempatan turut ditahan kerana disyaki membawa warganegara Indonesia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

"Dua warga Indonesia yang cuba memberi suapan kepada pasukan penguatkuasa dengan wang tunai RM180 turut ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak, di sini, hari ini.

Katanya, pihak juga merampas12 keping pasport Indonesia, dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM3,780.

"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya sekali,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel