Projek RTP siap ikut jadual

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Bukit Semuja, John Ilus berpuas hati dengan projek Dewan Terbuka Berbumbung dan Tempat Letak Kereta Berbumbung, Masjid Nurul Ehsan, Taman Anggerik Indah Serian yang siap dibina pada tahun lepas.

Menurut John Ilus, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tersebut yang dibina dengan kos RM150,000 telah siap sepenuhnya pada 17 Disember tahun lepas.

Jelas beliau lagi, projek tiga fasa berkenaan turut merangkumi kerja-kerja menaik taraf bekalan elektrik.

“Saya berharap projek ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat dalam tempoh jangka masa panjang.
“Ini merupakan antara projek RTP yang dibawa oleh kerajaan negeri untuk memastikan keperluan rakyat dipenuhi,” katanya semasa melakukan tinjauan di tapak projek RTP tersebut pada Rabu.

John Ilus menambah, pelaksanaan pelbagai projek RTP yang diperkenalkan kerajaan negeri telah membantu mempercepatkan pembangunan projek rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Geran RTP merupakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan rakyat di kawasan luar tidak terpinggir daripada menikmat arus pembangunan,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel