Pulau Pinang bakal jadi negeri tidak selamat?


PULAU PINANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan kes pemabuk yang memandu hingga mengakibatkan kemalangan di negeri itu kian berleluasa.

Kritikan yang bertajuk ‘Pulau Pinang bakal jadi negeri tidak selamat?’ itu diterbitkan oleh Harakahdaily.

Katanya, Pulau Pinang menjadi negeri yang bakal menempa ‘Zaman Gelap’ kerana banyaknya jualan arak di mana sehingga November 2018, terdapat 464 premis dari 277 lesen. 

Katanya, angka tersebut tidak termasuk lingkaran perjudian yang turut dilesenkan. Bersamanya ada dadah, pelacuran dan pelbagai jenayah lagi yang sudahpun disuarakan kebimbangannya oleh pihak Polis berdasar peningkatan statistik semasa. 

“Apakah ini petanda Pulau Pinang akan menjadi negeri tidak selamat?,” soalnya.
‘Jika Kerajaan PH hari ini bersungguh-sungguh melakukannya ke atas rokok, kenapa ia tidak kepada arak? Ia boleh direalisasikan jika PH punyai ‘political will’ dan tanpa kepentingan. 
Bahkan, ia lebih mendesak, utama dan perlu segera berbanding kesalahan jalan raya seperti ‘baby car seat’ dan selainnya,”katanya.

Kritikan itu dibuat berikutan dua kemalangan di sebelah Seberang Prai yang menyebabkan tiga maut dan seorang masih bertarung nyawa di hospital, pada minggu lalu.

Katanya, isu ini ‘memangsakan’ pihak lain yang tidak bersalah; bukan sekadar kecederaan kritikal, tetapi hingga meragut hilang nyawa pergi tidak mungkin berganti lagi. Disebalik ‘pembunuhan’ dan ‘pemangsaan’ ini ‘lahir’ pula mangsa lain, yakni keluarga yang ditinggalkan.

‘Pemangsa’ pula, setinggi-tinggi hukuman sekadar didenda maksimum RM6,000 dan digantung lesen kenderaan selama 5 tahun. Malah, setelah itu, ia akan hidup seperti sedia kala dan bebas, bahkan mungkin akan terus meneguk arak, mabuk dan ulang memandu lagi dan merisikokan bahaya.

Beliau berkata, lima beradik kini menjadi yatim dan masa depan mereka tidak menentu dalam keadaan si ibu pula sedang kitikal. 

“Anehnya, sehingga kini tiada reaksi padu daripada pihak kerajaan memerintah yang diterajui Pakatan Harapan, walhal sudah bertalu-talu harapan musnah antaranya akibat tragedi ini.”

“Sekadar adapun, ulasan bersifat ‘lepas tangan’ daripada pimpinan atau Menteri berkaitan yang menunjukkan lemahnya mereka,” kata beliau.

Beliau mempersoalkan apakah sebenarnya pesalah kejadian ‘dilindungi’ kerana mereka ‘penyumbang’ tegar cukai kepada kerajaan dari arak yang dilanggah? 

Atau kerana arak itu perlu terus diproduktivitikan untuk menambahkan hasil pendapatan ke buku akaun Kementerian Kewangan dan menampakkan angka besar pertumbuhan ekonomi?

“Inilah sebenarnya ‘untung secupak, rugi segantang’ yang hanya menjadi agenda kerajaan tidak berteras kemanusiaan dan ukhrawi tetapi mengejar materialistik dan duniawi semata-mata,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel