Raih RM600,000 sebulan hasil judi dalam talian
KUCHING: Pengendali perjudian dalam talian meraih pendapatan mewah sekitar RM600,000 sebulan hasil kegiatan judi terbabit.
Bagaimanapun, pusat operasi mereka tumpas setelah rumah mewah berkembar tiga tingkat di Taman Hui Sing,di sini, diserbu pihak polis jam 10 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong berkata, pengendali judi dalam talian itu
beroperasi kira-kira enam bulan lalu.
"Empat individu yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang wanita berusia 19 hingga 38 tahun diberkas dalam serbuan itu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,semasa serbuan dibuat didapati tujuh unit komputer memaparkan (aplikasi) 'JOL KISS'.
Kesemua suspek warga tempatan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut.