RM50 juta untuk bantu rumah panjang
KUCHING: Kerajaan Negeri telah meluluskan dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini untuk membaik pulih atau membina rumah panjang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan jumlah tersebut sejak Kerajaan Persekutuan yang telah menyediakan dana tersebut tidak memberi peruntukan pada tahun ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat untuk membuat keputusan mengenai program tersebut hari ini.
Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Muda Datu Dr. Penguang Manggil, serta Menteri Muda Undang-undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai.
Uggah berkata, peruntukan ini akan memberi manfaat kepada 1,667 pintu atau keluarga dengan bantuan maksimumRM30, 000 untuk setiap pintu.
Beliau juga berkata menambah sejak 2007, Kerajaan Persekutuan telah memberi sebanyak RM 122.3 juta untuk program tersebut.
Namun, sejak kebelakangan ini, katanya, dana Persekutuan telah berkurangan daripada RM50 juta pada 2016 kepada RM10 juta pada 2018 dan 2019 walaupun permohonan daripada penduduk rumah panjang telah meningkat setiap tahun.