Remaja 16 tahun lemas, seorang masih hilang
UPDATE:
Mangsa kedua telah dijumpai pada jam 1822hrs Abg Bukari bin Malikhan
LAWAS: Seorang pelajar ditemukan lemas manakala rakannya lagi masih hilang selepas mandi di sungai di Kampung Tengah Trusan, Lawas, pada jam 5 petang tadi.
Ahmad Shukri Rosli, 16 ditemukan oleh pasukan bomba yang menyelam statik pada lokasi mangsa dipercayai lemas.
Mangsa seterusnya di bawa ke tebing dan diberi bantuan CPR namun tiada sebarang respon. Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Trusan oleh pasukan perubatan untuk pengesahan status mangsa.
Setakat berita ini ditulis, rakannya, Abang Bukari Malikhan, 16 belum dijumpai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Zaki@ Jiki Hussin memberitahu, keterangan saksi mangsa turun mandi di sungai tersebut kira-kira jam 3 petang bersama rakan-rakan yang lain.
“Salah seorang telah dikatakan lemas meminta tolong dengan cuba menghampiri tebing sungai.”
“Seorang lagi rakannya cuba untuk menyelamatkan mangsa tersebut, namun dia pun turut tenggelam sewaktu kejadian tersebut.”
Kedua-dua mangsa terus tenggelam ke dasar sungai. bapa mangsa memaklumkan mangsa tidak pandai berenang.
Semasa kejadian kedua-dua mangsa menggunakan seluar panjang hitam tanpa berbaju.
dua orang anggota bomba membuat pencarian dengan turun ke permukaan lokasi dipercayai lemas serta menyelam statik bagi pencarian mangsa dengan menaiki bot penduduk kampung.
Manakala dua orang anggota lagi membuat pencarian di permukaan di tebing sungai menggunakan bot alumininum bomba.