Rumah ibadat main peranan elak konflik

KUCHING: Rumah ibadah memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di Sarawak.

Keharmonuan jika ia tidak dikekalkan, ia boleh merencatkan kemajuan Sarawak dalam arus pembangunan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata sehubungan itu, semua masyarakat harus mengelak sebarang konflik berlaku dalam masyarakat demi kepentingan bersama.

"Kita sangat gembira dapat membantu semua agama lain. Kita perlu adil dan tidak boleh berat sebelah, kerana ada pihak yang amat memerlukan bantuan kita, dalam pada itu juga UNIFOR kini turut  menerima banyak permohonan untuk dana," katanya pada majlis penyampaian geran dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada dua buah gereja di sini semalam.

Pada majlis tersebut Keuskupan Kuching telah menerima peruntukan RM1 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf rumah Bishop dan Provost.

Cek tersebut telah disampaikan oleh Uggah kepada Uskup Gereja Anglikan Kuching Datuk Danald Jute.

Manakala Gereja All Saints  di Tabuan yang diwakili oleh Maxwell S.Landong telah menerima peruntukan cek bernilai RM80,000.00 untuk tujuan kerja baik pulih.

Uggah berkata, bantuan tersebut  merupakan ciri penting sumbangan Kerajaan Sarawak membantu rakyat.
LihatTutupKomentar
Cancel