Sarawak berpotensi jadi pengeluar daging lembu

KUCHING:  Sarawak mempunyai potensi dalam industri ternakan daging lembu sekali gus sebagai pengeluar makanan 

Ia berdasarkan pencapaian Salcra yang mempunyai ternakan lebih 3,000 ekor lembu di beberapa ladang seluruh negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain itu, Sarawak mempunyai banyak tanah untuk dijadikan tempat ternakan.

Katanya, permintaan untuk daging lembu semakin meningkat.

Beliau mengakui, Sarawak bebas daripada Penyakit Kaki dan Mulut.      

"Selain membangunkan tanah Salcra.

Beberapa syarikat sawit seperti Ta Ann, Rimbunan Hijau dan Dafa berpotensi dijadikan pembiakan ternakan di ladang mereka,” katanya semasa menerima kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizar, di pejabatnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Quaza berkata, Malaysia dijangka akan menghadapi masalah yang serius dalam isu pengeluaran daging lembu pada tahun 2035.

“Kit memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 ekor lembu setiap tahun untuk tempoh lima tahun.

“Ini perlu dijadikan keutamaan dalam negara kerana kita sekarang.

"Kerana kini kita hanya mengeluarkan 50,000 ekor tetapi mengimport 150,000 tan metrik daging lembu," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel