Rumah panjang perlu ambil insurans bencana

MACHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong menyeru tuai rumah kawasan Machan agar mengambil perlindungan insurans bencana.

“Saya menyokong penuh perlindungan insuran rumah panjang sebagai perlindungan sekiranya rumah mereka terbakar atau terjejas oleh bencana alam,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa perasmian pelancaran insuran rumah panjang Peringkat DUN N. 50 Machan di bawah Alllianz Kampungku yang dianjuran oleh Pergerakan Pemuda PBB Ranting Maong Jalan Kanowit-Durin bersama JKKK Rh. Maling Ak Nyapang.

Jelasnya lagi ini yang pertama dan julung-julung kalinya penerangan tersebut disampailan kepada penduduk rumah panjang.
Allen mengucaplan ribuan terima kasih kepada Henry Ak Jugah bersama pemuda Maong kerana dapat menganjurkan program.yang amat baik kepada semua lapisan masyarakat.

beliau memuji usaha pihak bomba kerana telah memberi penerangan kepada yang hadir mengenai keselamatan kebakaran.

“Saya merasa bangga kerana ada yang amat perihatian mengenai keselamatan rumah panjang.”

“Pihak bomba juga mempunyai peranan yang penting membantu memberi penerangan kursus kepada penduduk rumah panjang seperti yang kita lihat pada pagi ini,” katanya.

Seramai 200 orang hadir pada program itu.

Pelbagai aktiviti dijalankan iaitu ceramah bomba yang disampaikan oleh PBK II Labang Ak Busu (Demo APA, Dapur Gas, Kawad Hos, Bomba Komunit JKKK Rh. Maling dan Anak Angkat Teman Pili Bomba), ceramah insuran rumah panjang oleh Tajem Ak Sinok, Pelancaran Insuran Rumah Panjang, Perasmian AJK JKKK Rh. Maling dan penyerahan 6 unit alat pemadam api kepada Rh. Maling Ak Nyapang, Rh. Besi Ak Paong, Rh. Bakar Ak Ebi, Rh. Paing Ak Bujang dan Rh. Meriss@Laja Ak Augustine Igoh.
LihatTutupKomentar
Cancel