Saintis "sakit kepala" makin kreatif
BETONG: Cukup kreatif dalam penciptaan bahan untuk kegunaan aktiviti seperti menghisap dadah.
Dengan menggunakan bahan terbuang seperti botol plastik dan pen marker boleh mencipta 'dapur' sebagai bahan menghisap dadah.
Penemuan bahan ciptaan kumpulan 'sakit kepala' membuktikan kegiatan ini berleluasa dan perlu dibendung.
"Pagi ini saya terjumpa alat ini yang saya rasa bahan untuk belia yang selalu lepak dekat belakang ini untuk menghisap ganja ketika saya membersihkan bahagian belakang surau di sini," kata seorang ahli jawatankuasa tertinggi salah sebuah surau dekat sini ketika menunjukkan botol yang dijumpainya.
"Selalunya ada beberapa orang mereka yang selalu berkumpul tetapi tidak menjangka menjalankan aktiviti yang pelik.
"Malah ada dikalangan mereka menjadikan lokasi tertentu sebagai 'port' untuk mereka yang sekepala berkumpul dan melayan perasaan dan khayal.
"Apa yang menyedihkan dan menyakitkan hati dengan kelompok ini ialah menjadikan belakang rumah ibadah sebagai lokasi.
"Yang pasti kita akan mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dan PDRM untuk tindakan lanjut bagi menghindari kegiatan yang mencemarkan Kampung," ujarnya.
Dalam masa yang sama tindakan pihak berwajib amat dituntut selain kerjasama Pengurusan Kampung dalam membenteras kegiatan dadah yang berleluasa dikampung-kampung dekat sini.