Samarahan Duathlon 2020 tawar hadiah keseluruhan RM11, 900
KUCHING: Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM11, 900 menanti pemenang Samarahan Duathlon 2020 yang akan diadakan di Pusat Beli-Belah Summer Mall, Kota Samarahan pada 29 Mac ini.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, dua acara bakal dipertandingkan iaitu berbasikal dan larian bagi memeriahkan program tersebut.
"Bagi acara berbasikal kategori yang dipertandingkan ialah enam kilometer dan 45 kilometer, manakala acara larian sejauh enam kilometer,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di pejabatnya, bangunan Baitul Makmur, hari ini.
Katanya,kategori yang dipertandingkan meliputi individu lelaki, wanita, berpasukan terbuka dan campuran.
"Acara lain yang turut dirangka ialah
Samarahan Bike Challenge yang diadakan pada bulan Ogos atau September," ujarnya.
Beliau berkata, Samarahan Bridge Half Marathon Run pula akan diadakan pada bulan Oktober.
"Objektif penganjuran program ini adalah bagi melahirkan masyarakat yang aktif dan cergas melalui sukan,"katanya.