SAR jumpai mayat di Kampung Tambirat
Mayat tersebut telah dijumpai oleh penduduk kampung Tambirat.
Mayat tersebut masih menunggu pengesahan dari keluarga mangsa sama ada mangsa yang hilang ataupun bukan.
Operasi SAR mangsa lemas telah diteruskan oleh anggota BBP Asajaya pada jam 7.15 pagi bersama penduduk kampung.
Unit K9 juga telah bergerak ke lokasi bersama 2 anggota dan seekor anjing pengesan bernama ‘Bella’.
Sebelum ini Mohiden Mohamad,44, dilaporkan hilang selepas keluar mencari ambal di Kampung Sambir.
Mohiden keluar mencari ambal pada jam 9 pagi bersama seorang rakan kampungnya dan penduduk yang lain.
"Orang lain semua sudah balik pada jam 1 tengah hari kerana hujan lebat dan air pasang ketika itu, namun kelibat abang belum nampak.
"Keluarga mulai bimbang kerana abang masih belum balik sehingga jam 5 petang dan hanya menjumpai selipar miliknya di tebing sungai,"jelas adiknya, Solpiah Mohammad.
Sementara itu,Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 6.50 petang Rabu.
"Operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa dimulakan jam 7 pagi ini, termasuk menggunakan anjing pengesan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),"katanya.
Dalam pada itu,operasi SAR dihentikan pada jam 4.46 petang Khamis berikutan hujan dan laut bergelora yang tidak selamat untuk operasi pencarian.
Gambar ihsan PGO Bomba Sarawak.