PGA rampas arak dan rokok di Betong


BETONG: Cawangan Risik Kompeni C Batalion 10 PGA Sri Aman berjaya merampas rokok dan minuman keras disyaki tanpa cukai dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Melaban di sini.
Hasil serbuan petang semalam berjaya merampas 25 karton minuman keras jenis bir jenama SGN, 2,195 karton atau 439,000 batang rokok putih pelbagai jenama, 700 karton atau 101,200 batang rokok kretek pelbagai jenama dan sebuah van jenama Toyota.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, DSP Frediel Nyambong berkata, dua lelaki  tempatan yang dipercayai pemilik dan pekerja stor yang berada di lokasi serbuan juga telah ditahan. 
Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM723,600 termasuk  
cukai (termasuk sebuah van jenama Toyota).
 
Beliau berkata, modus perandi penyeludup-penyeludup menjadikan stor-stor di kawasan pedalaman sebagai tempat penyimpanan barang-barang tanpa cukai seperti rokok, bir dan mercun   sebelum diedarkan ke sekitar bandar Betong.
 
"Kesemua barang rampasan telah dirampas dan di bawah kesalahan Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 yang mana boleh membawa hukuman denda RM100,000 @ minimum sepuluh kali nilai barang yang mana lagi tinggi @ penjara minimum 6 bulan dan maksimum tidak lebih tiga tahun @ kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau berkata, kesemua rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Betong untuk tindakan dan siasatan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel