Sasar pekerja ladang jual rokok seludup
MIRI: Tindakan sebuah kantin di ladang Kuala Baram,di sini menjual rokok belum lulus Kastam kepada pekerja ladang mengundang padah setelah diserbu pagi tadi.
Serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Miri, jam 11.10 pagi berjaya menjumpai sejumlah rokok dianggarkan bernilai RM12, 573 yang melibatkan nilai cukai sebanyak RM90, 970 disembunyikan dalam bilik stor dan rak kantin terbabit.
Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, modus operandi yang digunakan ialah rokok-rokok terbabit hanya akan dikeluarkannya dari rak atau stor sekiranya terdapat pelanggan yang datang bagi mendapatkan stok ryang digunakanhendaki mereka.
"Jualan rokok itu disasarkan kepada pekerja ladang sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,serbuan yang dijalankan itu turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barangan belum lulus cukai atau barang larangan.