Setiausaha politik buat laporan polis fitnah Ketua Menteri
KUCHING: Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Samat Gany, membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana menyebarkan fitnah yang boleh menggugat kredibiliti dan integriti Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada Khamis.
Penyebar fitnah yang menggunakan nama ‘Mohd Firdaus’ di akaun facebook itu telah menyiarkan kenyataan yang mendakwa anak Ketua Menteri telah menerima projek cari gali minyak bernilai RM5 bilion.
Laporan polis yang dibuat ini meminta supaya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan.