Tiada lagi rahsia, SUFC lancar jersi di Asajaya
ASAJAYA: Tiada lagi dapat disembunyikan rahsia. Sarawak Uited FC (SUFC) akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain pasukan SUA bagi saingan Liga Premier 2020 pada 19 Febuari (Rabu) depan.
Majlis dijangka dirasmikan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak di Dataran Asajaya bermula jam 7.30 malam.
Tambah kenyataan facebook berkenaan, penyanyi jemputan Ameng Spring turut memeriahkan majlis tersebut.
Orang ramai dijemput hadir untuk menemui dan memberi sokongan kepada pemain-pemain yang bakal menggalas cabaran Sarawak United pada musim 2020.