SFC tahan 15 suspek membalak secara haram di Taman Negara Sedilu


KUCHING: Sarawak Foresty Corporation (SFC) berjaya menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan Taman Negara Sedilu dalam Operasi Khazanah bersama Batalion 10 PGA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SFC dalam satu kenyataan yang dimuat turun menerusi laman sosial Facebook memberitahu, seramai 15 pembalak berusia 17 hingga 63 turut ditahan untuk disoal siasat dalam operasi yang dilakukan pada 30 Januari lalu.

Semasa serbuan, turut ditemui 88 kayu balak pelbagai saiz dan jenis, tiga senapang, parang, gergaji, bot dan ejin.

Kontroler Taman Negara dan Rizab Semula Jadi Zolkipli Mohamad Aton berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti haram termasuk pembalakan haram dan perdagangan hidupan liar.

Beliau menambah, pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Simunjan dan semua suspek ditahan reman sementara menunggu siasatan lanjut manakala peralatan mereka turut dirampas.

Mereka yang mempunyai maklumat  aktiviti haram boleh menghubungi talian hotline SFC di 016-8565564 / 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8223449 / 019-8332737 (Bintulu) dan 019-8290994 / 018-9799778 (Miri).


Tamat/


15 orang suspek telah diminta untuk maklumat lanjut oleh Pengawal Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi, Zolkipli Mohamad Aton di pejabat SFC.
LihatTutupKomentar
Cancel