Shell tidak bayar cukai?


Tuduhan Shell tidak bayar bohong

KUCHING: Tuduhan bahawa Shell tidak membayar adalah tidak sekali benar. 

Adun Tupong Fazzrudin Abdu Rahman Bukan,tuduhan satu pembohongan, ia juga memberikan kesan negatif kepada Shell sebagai entiti yang mematuhi undang-undang.
 
"Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh seseorang yang mengelarkan dirinya sebagai graduan ijazah LLB dari Universiti Southhampton merupakan isu-isu undang-undang yang sudah pun kini berada di dalam prosiding dan pertimbangan Mahkamah," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak tidak akan membuat sebarang komen sebab menghormati mahkamah dan tidak akan membincangkan isu-isu yang sudah ada di mahkamah.

Bagaimanapun katanya, terdapat fakta yang jelas tidak benar dan merupakan mainan imaginasi seseorang yang berniat untuk berbohong dan mengelirukan orang ramai.

Fazzrudin berkata, dalam manifesto Pakatan Harapan untuk PRU 14 pada 9 Mei 2019, Janji 41 mukasurat 90( English Version of the Manifesto), Pakatan Harapan telah berjanji untuk menaikkan royalti minyak ke Sarawak dari 5% hingga 20%.

"Mana pergi itu janji. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mereka tidak dapat menepati janji pilihan raya ini," katanya.

Beliau menambah, Cukai Jualan Negeri (SST) adalah satu “revenue” khas yang diberikan kepada Sarawak dibawah Perkara 7 Bahagian V, dibawah 10th schedule perlembagaan persekutuan yang boleh diterima (received by) oleh kerajaan negeri dibawah Article 112C(1)( b) Perlembagaan Persekutuan. 

"Pengenaan cukai jualan terhadap bahan-bahan mentah petroleum ini adalah merupakan perlaksanaan bidang kuasa kita yang diberikan dibawah Artikel 95B(3) Perlembagaan Persekutuan dan ini dilaksanakan demi untuk membawa lebih banyak pembangunan kepada negeri Sarawak.

"Hak- hak pengenaan cukai ini adalah hak kita yang tidak dapat dinafikan dibawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pro Reformists 98 Sarawak Iswardy Morni mendakwa kerajaan Sarawak belum mengutip cukai dari Shell dan pengusaha minyak yang lain.

"Jadi ....betul ke sarawak dah kutip cukai dari Shell dan pengusaha minyak lain?. Belum. Kalau sudah, mereka sudah melaporkan kepada Petronas," katanya.

Iswardy juga mendakwa peluang Sarawak untuk mendapat cukai sangat tipis.

"Kalau menang sekalipun, ia hanya boleh dilaksanakan selepas 5 tahun atau mungkin 8 tahun akan datang. Proses undang-undang amat panjang," jelasnya.

Beliau juga mempertikai, GPS berjanji dalam bajet negeri 2019 sebagai bajet terbesar dan
membelanjakan sejumlah 11.9 billion untuk bajet tersebut. 

"Di mana GPS nak dapat duit untuk berbelanja 11.9 billion pada 2019? RM4.46 bilion ialah jumlah cukai di mana RM3.9 bilion dari cukai Petroleum

"Semasa membentangkan bajet 2019, Abg Jo sebenarnya tidak mempunyai Black and White (bukti bertulis) bahawa adakah Sarawak boleh mengenakan cukai Petroleum atau tidak kepada Petronas dan syarikat-syarikat minyak yang lain," katanya. 

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak hanya boleh mengenakan cukai dalam jualan yang melibatkan barang-barang yang tidak melibatkan Petroleum.
LihatTutupKomentar
Cancel