Cemas kereta terbakar


TATAU: Pemandu dan penumpang berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki tiba-tiba terbakar di simpang pasar Tatau awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 pagi.

"Kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba terbakar dibahagian enjin kenderaan.

"Pemandu dan penumpang kenderaan berjaya menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran salur bantuan mula.

"Kes diserahkan kepada pihak polis yang turut berada dilokasi untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel