Singapura arah jangan keluar rumah

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengumumkan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) untuk rakyat negara itu dan pekerja pemegang pas jangka panjang yang kembali ke Singapura dari China dua minggu lalu.

Sebagai sebahagian daripada keperluan notis, semua orang perlu berkurung dalam rumah pada setiap masa selama 14 hari berkuat kuasa dari jam 11.59 malam (waktu tempatan) malam ini termasuk mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke wilayah Hubei baru-baru ini.

Menurut laporan Channel News Asia, notis itu adalah lebih ketat berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA) di mana mereka yang berada di bawah perintah itu masih boleh keluar rumah untuk membeli makanan atau keperluan rumah.

MOH berkata, dengan pelaksanaan SHN, pemerintah tidak akan lagi mengeluarkan LOA kepada mereka yang kembali ke Singapura.

Pemerintah memaklumkan ia akan terus melaksanakan pengawasan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan setiap individu terhadap SHN.
Mereka yang melanggar SHN bakal dikenakan penalti dan boleh didakwa mengikut Seksyen 21A Akta Penyakit Berjangkit. - Agensi
LihatTutupKomentar
Cancel