Suami isteri diikat perompak


KUCHING:Empat lelaki bertopeng memecah masuk sebuah kediaman di Taman Lotak Wira, Jalan Stephen Yong, Batu Kawa,di sini, dengan melarikan barharga milik mangsa awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, mereka turut mengikat suami isteri berusia 30 dan 38 tahun.

Antara barangan yang dilarikan ialah barangan kemas seperti rantai emas, cincin, subang mutiara dan subang emas,dua buah kereta jenis  Toyota Altis berwarna silver dan Toyota Vios  berwarna Silver, selain dua telefon bimbit.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana tidak dicederakan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek seramai empat orang bertopeng serta bersarung tangan, telah dilihat melalui rakaman litar tertutup(CCTV) masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap tandas, di tingkat atas rumah. 

"Terdapat pagar besi lama di luar rumah telah dijadikan sebagai tangga untuk naik ke tingkat atas. 

"Kemudian suspek telah menggunakan satu unit tong gas untuk memecahkan pintu bilik tidur mangsa,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek  menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan mangsa.

"Terdapat enam  rakaman CCTV di rumah mangsa dan rumah baru siap proses pengubahsuaian.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini,"katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel