Sudah sudahlah u-Turn, Skrikandi
KENYATAAN MEDIA BERSAMA SRIKANDI MALAYSIA DAN SUMMAYAH MALAYSIA PADA 29 FEBRUARI 2020
Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) dan Pertubuhan Sumayyah Ukhwah Fillah Malaysia memohon ahli politik berhenti mengamalkan politik U-Turn yang menimbulkan kecelaruan pendapat, menimbulkan kebimbangan awam terhadap kemelut politik ibarat tiada berkesudahan.
Tetaplah kepada prinsip, buangkan kepentingan diri serta parti tetapi utamakannlah kepentingan rakyat yang mahu melihat kemelut ini berakhir dengan baik.
Dengarlah suara rakyat yang mahu politik adil, tanpa penyalahgunaan kuasa dalam undang-undang, tanpa ideologi subversif, tanpa bersubahat dengan pengkhianat negara dan inilah yang menjadi punca kapal PH karam sebelum 21 Februari.
Ketika ini rakyat memerhati gelagat ahli politik sedang bertelagah, berusaha sedaya upaya untuk mendapat kembali kuasa yang sudah hilang.
Ketika ini juga rakyat menyaksikan pengkhianat, pembelot, penghasut, batu api keluar mengeluarkan kenyataan masing-masing demi memastikan agenda diri dapat diteruskan.
Lantikan politik masih belum dibersihkan, bagaimana kehendak rakyat untuk melaksanakan pembubaran Parlimen dapat dilakukan, apatah pula Speaker Dewan Rakyat juga daripada lantikan politik.
Yang mereka semua lupa, Yang di-Pertuan Agong sudah berpesan berilah baginda ruang dengan kebijasanaan baginda untuk selesaikan kemelut.
Semoga Allah beri petunjuk dan kekuatan untuk pemerintah utama negara menokhtahkan segala kemelut ini
Berserah hanya pada Allah
Datuk Norasyikin Abdul Ghani
Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) dan Presiden Pertubuhan Sumayyah Ukhwah Fillah Malaysia
No tel : 01123504844