S'wak bekerjasama Indonesia bangunkan kuasa hidro

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata, Sarawak akan bekerjasama dengan Indonesia membangunkan kuasa hidro di Kalimantan.

Beliau berkata, Indonesia meminta perkara berkenaan untuk dilaksanakan dan ia akan dibincangkan dalam lawatan ke Jakarta minggu depan.

“Pada prinsipnya presiden Jokowi telah meminta supaya dapat dilaksanakan dan inshaAllah minggu depan saya akan berkunjung ke Jakarta dengan Menteri yang bertanggungjawab (Dato Sri Stephen Rundi).

“Kita akan bincangkan perkara-perkara ini, rangka kerja diantara SEB (Sarawak Energy Berhad) dan juga pihak Indonesia,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Sarawak Kita Empun di Ibu Pejabat PBB sini berkata, secara prinsipnya pihak

Dalam ucapannya Abang Johari mendedahkan bahawa Indonesia menyatakan hasrat untuk bekerjasama kerana Sarawak mempunyai kepakaran dalam bidang hidro.

Ini bermakna katanya, Sarawak kini telah menjadi kepentingan berkaitan dengan grid elektrik di seluruh Kepulauan Borneo.
LihatTutupKomentar
Cancel