Team GPS penentu siapa Perdana Menteri

ANGKA terkini, Gabungan Parti Sarawak dilihat penentu sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Untuk rekod terkini, kumpulan yang menyokong Muhyiddin Yassin seramai 96 Ahli Parlimen iaitu Bersatu 36, Umno 39, Pas 18, MCA 2 dan MIC 1.

Manakala, kumpulan menyokong Anwar Ibrahim iaitu 93 Ahli Parlimen iaitu DAP 42, PKR 40, Amanah dan 11.

Setakat ini, 33 Ahli Parlimen yang belum jelas menyokong sama ada Muhyiddin atau Anwar iaitu GPS 18, Warisan 9, PBRS 1, GBS 1, Upko, 1, PSB 1 dan Bebas 1.

Berdasarkan statistik jika jumlah 96 (Ahli Palimen yang sudah menyokong Muhyiddin) ditambah dengan 18 Ahli Parlimen GPS, maka Muhyiddin dilihat langjah kanan untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Selain itu, parti Warisan yang mempunyai 9 Ahli Parlimen dilihat pro-Mahathir antara kelebihan buat Muhyiddin berbanding Anwar Ibrahim.

Dengan statistik yang terkini, Muhyddin memiliki peluang selesa untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 pada masa terdekat.

Sebelum ini, GPS tidak meletakkan sebarang syarat terhadap sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata GPS akan sokong Tun Mahathir untuk terus mentadbir negara, jika terdapat syarat sekali pun, ia akan ditentukan kemudian.

"Mengikut mandat yang diberikan kepada saya, bahawa kita (GPS) menyokong dia sebagai Perdana Menteri, yang lain tidak ada, itu sahaja.

"Syarat itu kemudianlah, secara prinsip sahaja. Kita katakan pada Tun bahawa kita tidak mahu negara dalam keadan hura-hara dan mesti ada kestabilan politik untuk jangka panjang," katanya.

Kenyataan Abang Jo, diramalkan GPS selesa memilih Muhyiddin berbanding Anwar. Ini kerana Muhyiddin adalah pilihan Mahathir.


Terdahulu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini mengumumkan menamakan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan datang. 

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya berkata ini diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh 36 Anggota Parlimen PPBM atau anggota Dewan Rakyat.

Bersatu hanya mempunyai 26 orang Ahli Parlimen sebelum ini, tetapi kenyataannya mengatakan bahawa 36 Ahli Parlimen parti hadir di mesyuarat itu. 

Difahamkan kumpulan mantan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyertai Bersatu dan mereka menyokong pencalonan Muhyiddin.

Manakala, UMNO dan PAS sepakat mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, gabungan Muafakat Nasional mempersembahkan nama Ahli Parlimen Pagoh itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO dengan 39 Ahli Parlimen dan PAS dengan 18 Ahli Parlimen bersetuju mencalonkan Muhyiddin.

“Bermakna seramai 57 Ahli Parlimen memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel