852 butir peluru lama Caliber .303 ditemui
LABUAN: Penduduk di persisiran pantai Kampung Sungai Miri, Labuan gempar dengan penemuan sebanyak 852 butir peluru lama jenis Caliber .303, semalam.
Penduduk yang bimbang dengan penemuan itu kemudian membuat laporan ke Balai Polis Labuan.
Ketua Polis Labuan, Superitenden Muhamad Farid Ahmad berkata, mereka terus bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan.
“Peluru tersebut ditemui dalam sebuah kotak hitam bersalut simen bersaiz 30 sentimeter (sm) panjan, lebar kira-kira 15.24 sm dan tinggi 20 sm.”
“Peluru itu dipercayai digunakan senjata api jenis Rifle MK 2, 3 dan 4 sekitar tahun 1970-an,” katanya.
Beliau berkata, semua peluru tersebut tertulis '1942-MG-7' di bahagian tapak amunisi (Rimless).
Setakat ini siasatan masih dijalankan.