Tiada kes positif COVID-19 di Miri

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengesahkan tiada kes disahkan positif COVID-19 di Hospital Miri, Sarawak.

PengarahJabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing berkata, Hospital Miri telah menerima sebanyak 16 kes Patient Under Investigation (PUI) bagi jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Katanya, jumlah melibatkan seramai 14 warganegara Malaysia dan masing-masing seorang warganegara China dan seorang warganegara Kanada.

Daripada jumlah tersebut, seramai 14 kes PUI telah didapati negatif ujian makmal, manakala, dua (2) orang lagi masih menunggu keputusan. 

"Seramai sepuluh (10) kes PUI telah
dibenarkan pulang (discaj) setelah didapati telah sihat dan ujian makmal bagi ujian kali kedua juga didapati negatif," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya demam, atau mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke Negara China.

"Maklumkan sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat. Semua pengamal perubatan, sama ada dari fasiliti kerajaan atau swasta hendaklah segera melaporkan kes-kes yang disyaki COVID-19 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian atau Daerah yang terdekat, atau kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di talian telefon: 082-443248 atau melalui alamat e-mel: cprc_sarawak@moh.gov.my," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel