Tiada kes positif COVID-19 di Sarawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengesahkan tiada kes COVID-19 dilaporkan setakat ini.

Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing berkata, mesej yang tular di media sosial mengenai berlakunya kes COVID-19 di Sarawak tida benar.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan 76 kes PUI (Person Under Investigation) untuk COVID19 setakat jam 12 tengah hari semalam.

"Daripada jumlah tersebut, tiada kes positif yang dilaporkan, iaitu, 59 kes telah
disahkan negatif melalui ujian makmal.

"Manakala, tujuh belas (17) kes lagi masih
menunggu keputusan.

"Orang ramai diminta untuk sentiasa merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sama ada oleh YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Kesihatan atau YBhg Datuk Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengetahui situasi semasa kejadian wabak COVID-19 di Malaysia umumnya, dan Sarawak khususnya," katanya dalam kenyataan media.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar.

"Semua pihak adalah diingatkan bahawa penyebaran berita palsu sedemikian boleh
dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM)
1998, dan jika disabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau
penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didendaselanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel