Tidak lagi bermain lumpur ke klinik


BELAGA: Pembinaan jalan simen dan jambatan kayu belian dari kampung ke Klinik Desa Kampung Long Busang memberi manfaat kepada penduduk.

Kini penduduk tidak perlu lagi melalui jalan tanah yang berlumpur setelah siapnya jambatan tersebut pada Mac tahun lalu.
Jambatan tersebut menghubungkan Kampung Long Busang ke satu-satunya klinik di kampung tersebut. 

Jurucakap Jabatan Kerja Raya Kapit dalam kenyataan berkata, pembinaan jambatan belian dan jalan simen tersebut telah siap sepenuhnya pada 25 Mac lalu.
Menurutnya, fasiliti ini memberi impak yang besar kepada penduduk kampung kerana ianya memberi keselesaan kepada mereka untuk pergi ke klinik.

"Jambatan baharu ini menggantikan jambatan kayu yang usang untuk sampai ke klinik," katanya.

Kredit: JKR Bahagian Kapit.
LihatTutupKomentar
Cancel