Tunggang motosikal curi


KUCHING:Seorang lelaki diberkas pihak polis kerana memiliki motosikal curi dalam satu sekatan jalan raya  di Jalan Haji Taha, di sini, malam tadi.

Tangkapan terhadap lelaki berusia 32 tahun, berasal dari Kampung  Gita Laut itu dilakukan pada jam 11 malam dalam operasi yang dilakukan Ketua Balai Polis Sentral, Asisten Superintendan (ASP), Ahmad Abang  bersama 23 anggota.

Ahmad berkata, pemeriksaan pada mulanya  tidak menjumpai kesalahan yang dilakukan suspek ke atas motosikal Modenas warna biru muda menggunakan nombor pendaftaran QMJ 679.

"Setelah membuat semakan nombor pendaftaran motosikal QMJ 679 menggunakan Peranti Penggunaan Kad Mudah Alih(MCAD)mendapati nombor pendaftarannya adalah palsu,"katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katnaya,semakan nombor enjin MN110FEL01156 mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang bersabit Sungai Maong repot 5449/18. 

"Tangkapan dan rampasan barang kes telah dilakukan,suspek telah ditahan di lokap Balai Polis Sentral," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel