Sibu bakal bertukar wajah

SIBU: Pembangunan semula bandar Sibu akan dilaksanakan terutama kawasan Bukit Assek mengikut pelan induk yang dirancangkan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  Datuk Chieng Boon Tuong telah dilantik sebagai penasihat untuk cadangan  Program Pembaharuan Bandar Sibu secara menyeluruh.


Abang Johari mendedahkan dalam ucapannya semasa Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran SUPP Sibu di Dewan Suarah, di sini malam tadi.


Bukit Assek adalah kawasan kediaman yang rendah dan banjir di tengah-tengah pusat bandar Sibu yang sering berhadapan dengan masalah nyamuk.


Dalam pada itu katanya, kerajaan bersetuju menyediakan tapak bagi mewujudkan sebuah hab inovasi untuk melengkapkan belia di bandar ini dengan kemahiran dan pengetahuan ekonomi digital.

Katanya, hab tersebut penting bagi pelaksanaan ekonomi digital di Sarawak yang memerlukan golongan belia memahirkan diri dalam teknologi maklumat (IT).

"Saya akan lakukan ini untuk golongan belia kerana ia adalah hab inovasi, kita hendak menuju ke arah digital ekonomi, oleh itu golongan belia mesti ada tempat," katanya.

Menurutnya, ramai dalam kalangan golongan belia Sarawak mempunyai bakat besar dalam bidang teknologi maklumat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi,  Dr. Annuar Haji Rapa'ee, Pengerusi SUPP, Dato Sri Prof. Sim Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Perumahan dan Tempatan.

Gambar ihsan Ambrose Cheng
LihatTutupKomentar
Cancel