UiTM Sarawak anjur Program Pemerkasaan Komuniti
KOTA SAMARAHAN:Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak dengan
kerjasama komuniti Kampung Spinang dan Kampung Semarang di Beting Maro telah menganjurkan Program Pemerkasaan Komuniti Beting Maro: Inovasi dan Keusahawanan.
Program yang berlangsung selama 3 hari itu bertujuan memperkasakan pembangunan komuniti yang kreatif dan berdaya saing.
Melalui penganjuran mini karnival reka cipta dan inovasi yang melibatkan komuniti setempat yang sangat kreatif dan inovatif dalam penghasilan pelbagai hasil seni dan kraftangan.
Tenaga pengajar daripada Fakutli Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Cawangan Sarawak turut membantu usahawan merebut peluang pasaran baru
melalui bengkel pembungkusan produk.
Ini bagi memastikan produk-produk keluaran komuniti Kampung Spinang lebih dikenali.
Penganjuran bengkel pembungkusan
merupakan satu usaha lonjakan kepada usahawan supaya produk keluaran mereka mempunyai identiti tersendiri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro,Razaili Gapor menyokong penganjuran program itu.
"Kerjasama yang dijalinkan dengan
UiTM Cawangan Sarawak mampu membantu komuniti Kampung Spinang dan Kampung Semarang dari segi perkongsian ilmu dari tenaga pengajar di kalangan pensyarah, kakitangan sokongan dan mahasiswa,"katanya.