Jabatan Hutan sita 300 batang kayu bakau
KUCHING: Tindakan sebuah kedai perkakasan di Batu 6 1/2 Jalan Matang,di sini, menyembunyikan kayau bakau di belakang premis bagi mengelak bayaran cukai tidak berjaya mengaburi mata pihak Jabatan Hutan Sarawak (JHS).
Dalam satu serbuan jam 3.49 petang semalam, pihak JHS telah menyita kira-kira 300 batang kayu bakau berkenaan.
Jurucakapnya berkata,rampasan dilakukan kerana kesemua kayu berkenaan didapati tidak mempunyai permit.
"Pemilik menyembunyikan kayu bakau ini di belakang belakang premis bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pemilik premis turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.