Unimas berpandangan jauh
KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) mahu menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang kontemporari dan berpandangan jauh, khususnya dalam memenuhi agenda pembangunan nasional dan antarabangsa.
Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata,
pendidikan seharusnya bersifat inklusif, di mana setiap individu diterima tanpa menidakkan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan terbaik.
"Kandungan dan pengalaman harus bersifat global untuk memastikan pendekatan pendidikan yang holistik antaranya dengan pemerkasaan dan penyediaan sistem dan amalan sedia ada serta pelaksanaan pelbagai inisiatif.
“Malahan, Unimas memiliki ekosistem unik yang boleh dioptimumkan dalam menyokong Agenda Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals),"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menghadiri amanat bagi tahun 2020 Naib Canselor Unimas di Dewan Arena Gemilang, DeTAR PUTRA,hari ini.
Katanya,Unimas sentiasa merangka langkah-langkah demi memastikan masa depan yang mampan serta kefahaman bahawa ia hanya boleh dicapai melalui semangat kerjasama dengan pihak kerajaan, industri dan masyarakat.
Hampir 2,000 warga Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) menghadiri majlis itu.