Wanita PKR Sarawak mahu bertanding lapan kerusi

KUCHING: Ketua Wanita Keadilan Sarawak Nurhanim Mokhsen berhasrat untuk menambah dua lagi kerusi pada pilihan raya negeri pada masa akan datang.

Katanya, dengan pengumuman tersebut PKR mengintai lapan kerusi daripada empat kerusi pada pilihan raya negeri 2016.

"Kami telah mengenal pasti calon wanita di beberapa kawasan untuk diketengahkan pada pilihan raya negeri nanti," katanya selepas menerima watikah pelantikan sebagai penyelaras Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sarawak (MTPNS) bagi Parlimen Petra Jaya yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian hari ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan menentukan calon yang bertanding bergantung kepimpinan tertinggi parti.

Beliau menegaskan, pihaknya telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri menerusi.
LihatTutupKomentar
Cancel