Tiada pusingan U di jejambat Serian


SERIAN, 21 Feb: Projek pembinaan dua jejambat di pekan Serian tidak akan menyediakan pusingan U. 

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Sri Michael Manyin Jawong berkata demikian kerana pusingan U dikhuatiri akan membahayakan penguna kenderaan yang melalui dua jejambat terbabit.

"Saya tahu ada mahu membuat demonstrasi supaya ada pusingan U. Pusingan U ini tuan-tuan dan puan-puan, boleh menyebabkan banyak kemalangan,"katanya ketika merasmikan Gotong Rotong Mega 2020, di Pekan Serian di sini, hari ini.

Manyin sehugungan itu meminta penguna kenderaan untuk memandu sedikit lama melalui dua jejambat terbabit sebelum dapat mengubah haluan mereka kerana tiada pusingan u tetapi dapat mengelakkan kemalangan.

Selain itu, beliau menjangkakan dua jejambat terbabit yang sebahagian projek Lebuhraya Pan Borneo akan siap sepenuhnya tidak lama lagi dengan majlis pembukaan rasminya dijangka sebelum perayaan Gawai Jun depan.

"Tiada pekan kecil di seluruh Sarawak ada dua jejambat, jadi kita boleh mengucapkan tahniah kepada diri kita (penduduk Serian),kita ada dua jejambat,"katanya.

Selain itu, dua jejambat terbabit malahan paling awal siap di sepanjang Jalan Kuching-Serian berbanding projek pembinaan jejambat lain di Batu 10, Batu 7 dan Batu 6.
tamat

keterangan gambar:

1.Jejambat di pekan Serian yang sedang dalam pembinaan tetapi sudah dibuka sebahagian lorongnya, hari ini.

2. Manyin (empat dari kiri) menerima cenderahati di majlis perasmian Gotong- Rotong Mega 2020, di Pekan Serian di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel