Willie Mongin salahkan Bersatu?


KUCHING,24 Feb: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin meminta maaf kepada pengundi di kawasannya yang mengundi beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas.

"Saya mohon maaf kepada Pengundi Puncak Borneo yang mengundi saya. Kerajaan PH telah runtuh sebentar tadi kerana Parti Bersatu semua sudah keluar PH," katanya kenyatannyq di laman facebooknya hari ini.

Willie sehubungan itu mohon restu mereka semua untuk mencari jalan terbaik untuk mereka bersama demi rakyat dan negara.

"Khasnya anda semua Pengundi Puncak Borneo, saya tidak ada jalan lain melainkan jalan yang terbaik demi kemakmuran Dan kesejahteraan anda semua,"tambahnya.

LihatTutupKomentar
Cancel