10 lokasi feri beroperasi, dua dihentikan

KUCHING: Perkhidmatan feri di 10 lokasi hanya beroperasi bermula 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanaun, dua feri operasi feri di Sungai Krian (Kaba-Kabong) dan Sungai Limbang ditutup untuk orang awam (tidak beropersi).

Feri yang masih beroperasi ialah Batang Rambungan, Batang Lupar (Sebuyau/Triso), Batang Saribas (Pusa/Beladin), Batang Paloh, Muara Lassa, Batang Igan, Sungai Sian (Bintangor), Batang Kemena (Sebauh), Sungai Lidan (Marudi) dan Batang Lawas

Pengarah Kerja Raya Sarawak Datu Ir. Zuraimi Sabki, arahan dipersetujui Jawatankuasa Bencana Bahagian yang berkuatkuasa hari ini sehingga 31 Mac ini.

Menurutnya, arahan terpakai kepada semua perkhidmatan feri dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Katanya, kesemua operator feri dikehendaki sentiasa bersedia sekiranya terdapat kes kecemasan yang memerlukan perkhidmatan di luar waktu operasi yang ditetapkan.
LihatTutupKomentar
Cancel